Pengurus Pemasaran Dewina Trading, Fazil Othman (kiri sekali), Pengarah Dewina Holdings Sdn Bhd, Dr Hiryati Abdullah (tengah) dan Pengarah Urusan Kumpulan Dewina Holdings Sdn Bhd Nur Fatin Ibrahim (kanan sekali), melancarkan Pek Kembara Brahim's di Ibu pejabat Dewina Food Industries Sdn Bhd. FOTO Saifullizan Tamadi
Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my


DEWINA Holdings Sdn Bhd (Dewina Holdings) pengeluar produk makanan sedia dihidang, Brahim’€™s menjangkakan jualannya meningkat melebihi 30 peratus tahun depan bersandarkan kepada pengenalan Pek Kembara Brahim’€™s di pasaran tempatan.

Malah, pengenalan produk yang disasarkan kepada pengembara atau pendaki itu turut mengukuhkan sumbangan perolehan produk konsumernya kepada syarikat sekitar 60 peratus berbanding segmen makanan tentera sebanyak 40 peratus.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Nur Fatin Ibrahim berkata, pada peringkat permulaan pek kembara hanya diedarkan di Brahim’€™s Shoppe, sekitar 50 koperasi dan kedai-kedai yang menjual barangan keperluan aktiviti luar.

Beliau berkata, pihaknya bakal meluaskan jumlah pengedar kepada 150 pengedar dalam tempoh setahun di seluruh negara memandangkan pek kembara berkenaan dijangka mampu menarik perhatian pengguna.

“œPada pertengahan November lalu, kami telah melancarkan program ekspedisi mendaki Gunung Nuang bersama Brahim’€™s dan produk ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“€œPek kembara ini mempunyai teknologi pembungkusansama seperti pek makanan tentera yang juga salah satu segmen perniagaan syarikat. Jadi, ia sesuai untuk dibawa ketika mengembara atau dalam aktiviti lasak seperti mendaki,”€ katanya pada majlis pelancaran Pek Kembara Brahim’s di sini, hari ini.

Ketika ini, Brahim’€™s menawarkan tiga pek kembara dalam tiga set berbeza iaitu set one meal terdiri set satu hidangan, set makanan seharian ayam, set makanan seharian daging dengan harga bermula dari RM14 sehingga RM30 setiap satu pek.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017 @ 3:07 PM