KEUHNER (dua dari kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada majlis kolaborasi Celcom Axiata dan TN50.
HM Digital

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad meneruskan komitmen berkaitan keselamatan dalam talian dalam kalangan pengguna melalui program Parents Unite for Online Safety dengan menyediakan aplikasi KidSafe di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Michael Kuehner berkata, program itu sejajar dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Melalui program ini, 175 PI1M seluruh negara dilengkapi KidSafe iaitu aplikasi menapis Internet.

“Sebagai peneraju perkhidmatan telekomunikasi, kami menyedari kadar kes berkaitan siber terus meningkat dan menyokong inisiatif ini,” katanya.

Menurutnya, untuk menyebarkan mesej berkenaan dengan lebih luas, Celcom bekerjasama dengan Brainy Bunch International Islamic Montessori, Protect and Save the Children serta Malaysians Against Pornography.

Kerjasama berkenaan menyediakan platform yang lebih baik dan menyeluruh dalam mendidik ibu bapa dan remaja berkenaan keselamatan dalam talian.

Maklumat lanjut mengenai KidSafe, layari www.celcom.com.my/personal/services/kidsafe.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 12:36 AM