KEMPEN #BankRakyatCares akan berlangsung sehingga 30 April depan.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Menyedari bahawa kepentingan untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan, Bank Rakyat menerusi kempen #BankRakyatCares menawarkan hadiah bernilai lebih RM1 juta kepada pelanggannya.

Bank Rakyat berkata, kempen dilancar bermula 18 Disember 2017 sehingga 30 April 2018 inisiatif tahunan institusi perbankan itu yang dilaksanakan sejak 2015.

Menurut bank itu, kempen menggunakan slogan kata Siapa Perlu Kami Bantu, sekali gus menggambarkan keprihatinan bank itu terhadap keperluan rakyat negara ini.

“Syarat utama bagi melayakkan pelanggan menyertai kempen ini ialah mereka perlu melanggan tiga produk dikendali Bank Rakyat kecuali bagi gabungan Produk 1 iaitu Kelab NURI Bank Rakyat.

“Pelanggan yang tidak melanggan tiga produk ini tidak layak untuk menyertai kempen ini kecuali bagi gabungan Produk 1,” katanya.

Beberapa gabungan produk perbankan runcit dan perniagaan akan diperkenalkan melalui kempen #BankRakyatCares sepanjang tempoh ia berlangsung.

Antaranya, bagi perbankan runcit, ia meliputi Produk 1 (Kelab NURI Bank Rakyat), Produk 2 (Kad Kredit-i dan Kad Debit-i) dan Produk 3 (Pembiayaan Peribadi-i).

Bagi gabungan produk perniagaan, ia termasuk Produk 4 iaitu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) atau Pembiayaan Mikro-i atau Ejen Bank manakala Produk 5 ialah untuk koperasi.

Untuk maklumat lanjut kempen #BankRakyatCares boleh melayari laman web Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 12:08 AM