PENGERUSI FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyaksikan Jalaluddin (kiri) bertukar dokumen persefahaman dengan Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali di Kuala Lumpur, semalam.
PENGERUSI FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyaksikan Jalaluddin (kiri) bertukar dokumen persefahaman dengan Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali di Kuala Lumpur, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Pertumbuhan industri kayu dijangka menjadi penyumbang penting dalam pasaran eksport negara dengan sasaran sebanyak RM25 bilion bagi 2018.

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Dr Jalaluddin Harun berkata, pihaknya optimis untuk mencapai pertumbuhan lima peratus tahun ini berbanding nilai eksport RM23.22 bilion yang direkodkan tahun lalu.

Katanya, pada masa ini terdapat kira-kira 3,540 pengeluar produk berasaskan kayu dan dua sektor yang menjadi penyumbang utama dalam industri ini ialah penggunaan kayu untuk pembuatan perabot dan struktur pembinaan.

“Menerusi Dasar Perindustrian Kayu
Negara (NATIP) yang menyasarkan eksport sebanyak RM28 bilion produk bernilai tambah tinggi menjelang 2020, kami yakin Malaysia berada di landasan yang tepat dan MTIB berusaha untuk memastikan ia dapat dicapai.

“Kita akan memastikan produk berasaskan kayu terus diterima di pasaran global dan menonjolkannya sebagai bahan mesra alam, mapan, tahan dan berkualiti bagi membantu industri kita sentiasa kompetitif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran FELDA 2.0 Timber Design Competition 2018 dengan kerjasama antara MTIB dan FELDA.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 12:55 AM