HO (empat dari kiri) pada pelancaran Skuad Selebriti Shopee.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Shopee melancarkan inisiatif terbarunya, Skuad Selebriti Shopee yang membolehkan pengguna mendapatkan produk yang dikeluarkan selebriti tempatan.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, pihaknya mendapati permintaan terhadap produk itu juga meningkat.

“Kami melancarkan Skuad Selebriti Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang menampilkan pelbagai produk selebriti untuk memudahkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka dengan mudah.

“Sejajar dengan pelancaran ini, kami juga menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti,” katanya di majlis pelancaran Skuad Selebriti Shopee di sini, baru-baru ini.

Shopee mempunyai 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini.

Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori aplikasi membeli-belah dalam talian di App Store dan Google Play.

Ho berkata, sebagai platform e-dagang tanpa komisen yang menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara membolehkan selebriti mengembangkan perniagaan dalam talian mereka.

“Pada masa akan datang, kami menyasarkan untuk mengembangkan Skuad Selebriti Shopee dengan memperkenalkan barisan selebriti baru setiap bulan,” katanya.

Sementara itu, Shopee turut memperkenalkan kempen Cahaya Raya Shopee bermula 3 Mei hingga 17 Jun di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee.

Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular Ketupat Raya yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk Rumah Impian bernilai RM350,000, kereta Honda HRV bernilai RM100,000, Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih dan pengering rambut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mei 2018 @ 2:59 AM