CAWANGAN Senheng di Shah Alam.
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Grand Senheng membuka cawangan keempat di Shah Alam yang menawarkan pengalaman membeli-belah interaktif yang selesa dan ceria.

Pengarah Urusannya, KH Lim berkata, Grand Senheng terbaru ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dengan saiz yang lebih besar berbanding format kedai biasa.

“Dengan saiz yang lebih luas, kami dapat menawarkan lebih banyak produk elektrik dan elektronik.

“Malah, ia juga mampu mencipta rasa teruja apabila pelanggan dapat berinteraksi menggunakan produk yang disediakan,” katanya.

Selain barangan elektrik premium seperti UHD TV, peti sejuk pintu bersebelahan dan mesin basuh muatan depan, cawangan ini juga menawarkan pelbagai gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba.

“Jenama popular seperti Samsung, Panasonic, Sharp dan Sony turut ditawarkan di cawangan terbaru ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sempena pembukaan besar-besaran ini, pihaknya menawarkan 500 unit produk elektrik pengguna yang berkualiti tinggi ditawarkan pada harga RM10 saja.

Selain itu, terdapat pilihan produk daripada kategori yang berbeza dengan penjimatan rebat EZ Kredit sebanyak 40 peratus, pembelian satu percuma satu, waranti pertukaran peralatan elektronik kecil selama 24 bulan hanya pada RM1 serta pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan untuk pelbagai jenis bank bagi pengguna kad kredit.

Malah, dengan sambutan festival Piala Dunia, Senheng memberi ganjaran kepada ahli PlusOne dengan pelbagai tawaran menarik antaranya bola sepak Ferrari eksklusif dan peluang memenangi percutian ke Russia dengan pembelian di Senheng, bermula 1 Jun hingga 30 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Jun 2018 @ 8:50 AM