RUANG niaga berkonsep mudah alih dengan imej ‘flotilla buggy’ Hershey di KLIA.
RUANG niaga berkonsep mudah alih dengan imej ‘flotilla buggy’ Hershey di KLIA.
HM Digital

Kuala Lumpur: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), DR Group dan The Hershey Company melancarkan ruang niaga berkonsep mudah alih dengan imej ‘flotilla buggy’ Hershey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB, Nazli Aziz berkata pengembara kini menjadi semakin canggih dan mahukan pengalaman lebih menarik ketika melancong.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha meninjau kaedah baru dalam menyediakan pengalaman beli-belah yang mudah, unik dan mudah diingati oleh pelanggannya.

“Pelancaran ruang niaga dengan konsep ini adalah antara kejayaan dalam kerjasama MAHB bersama jenama konfeksioneri terkemuka dunia, Hershey’s yang juga pertama dilihat dalam sejarah industri kembara runcit di Malaysia.

“Kami juga percaya dengan flotilla buggy ini juga ia mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan kehadiran ruang niaga di KLIA dengan beberapa inisiatif yang turut sedang dijalankan ketika ini,” katanya.

Selain itu, jualan diunjurkan akan tumbuh 7.78 peratus tahun ini dengan jangkaan peningkatan dari pengembara terutamanya dari China serta pertambahan pilihan jenama coklat serta produk konfesioneri yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 12:44 PM