POTONGAN harga RM15 bagi durian gred biasa dan RM8 bagi durian Musang King dengan aplikasi GrabPay Wallet bagi pelanggan Grab.
POTONGAN harga RM15 bagi durian gred biasa dan RM8 bagi durian Musang King dengan aplikasi GrabPay Wallet bagi pelanggan Grab.
HM Digital

PENYEDIA perkhidmatan e-panggilan, Grab menawarkan diskaun RM15 bagi pembelian durian pada 21 dan 22 Julai ini apabila pengguna membayar menggunakan GrabPay Credits.

Grab dalam kenyataan berkata, pembayaran boleh dibuat mulai 2 petang sehingga 10 malam di kedai menjual durian yang menyertai kempen GrabDurian di Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Pahang.

Katanya, usaha itu juga adalah berita baik untuk seluruh peminat raja buah itu berikutan #GrabDurian kini kembali untuk
tahun keempat.

“Bagi pelanggan Platinum dan Gold Grab di Lembah Klang, mereka boleh membeli Musang King pada harga istimewa melalui GrabPay Credits apabila menebus diskaun eksklusif daripada katalog GrabRewards pada hanya 500 mata.

“Diskaun eksklusif boleh ditebus dengan GrabRewards dengan pembelian raja buah itu boleh dibuat pada 21 dan 22 Julai ini,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #GrabDurian boleh didapati dengan melayari grabpay.my/deals.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 9:39 AM
Digital NSTP Subscribe