MYVI baru di bilik pameran di Shah Alam, November lalu. FOTO arkib NSTP
Azzman Abdul Jamal


PERODUA mengumumkan pengeluaran model paling larisnya, Myvi baru, diberhentikan buat sementara waktu berikutan gangguan bekalan di satu daripada vendornya.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, ini mengakibatkan kira-kira 3,000 pelanggan tidak dapat mendaftarkan Myvi baru mereka sebelum akhir bulan ini.

“Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan yang sabar menunggu kenderaan baru mereka.

“Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini dan sedang mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan pengeluaran bersambung semula secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, keutamaan Perodua kini adalah untuk menyerahkan model terbaru itu kepada 3,000 pelanggan yang sepatutnya dijadualkan menerima kenderaan mereka sebelum 1 September ini.

“Kami memahami dan prihatin terhadap kekecewaan pelanggan. Oleh itu, kami sedang berusaha untuk memberikan pampasan yang sesuai dan akan menghubungi pelanggan menerusi cawangan di seluruh Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Ogos 2018 @ 7:34 PM