LEE (dua dari kanan) bersama Nazri (dua dari kiri) pada pelancaran iMoney CreditScore, semalam.
LEE (dua dari kanan) bersama Nazri (dua dari kiri) pada pelancaran iMoney CreditScore, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Intelligent Money Sdn Bhd (iMoney) komited membantu rakyat Malaysia mendapatkan skor kredit kewangan mereka dengan mudah secara percuma menerusi pelancaran iMoney CreditScore.

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutifnya Lee Ching Wei berkata, iMoney CreditScore adalah kemudahan dalam talian pertama disediakan khas untuk rakyat Malaysia.

Katanya, sejajar dengan objektif iMoney untuk memperkasa pengguna membuat keputusan kewangan yang bijak, iMoney CreditScore menawarkan pengguna gambaran keseluruhan kedudukan kewangan mereka tanpa sebarang bayaran, mudah dan pantas.

“Kami teruja menawarkan iMoney CreditScore kepada rakyat Malaysia secara percuma dan sejak pelancaran versi beta, hampir 10,000 pengguna berjaya memohon dan memperoleh laporan iMoney CreditScore percuma mereka melalui creditscore.imoney.my.

“Dengan iMoney CreditScore, pengguna boleh menilai sama ada mereka berada di landasan betul untuk matlamat kewangan mereka, memohon kad kredit, pinjaman membeli rumah, kereta atau membuat simpanan masa depan,” katanya di majlis pelancaran iMoney CreditScore di sini, semalam.

Hadir sama Pemangku Ketua Perbankan Runcit Kumpulan RHB Banking Group Nazri Othman.

Lee berkata, pengguna dengan skor tinggi boleh mendapat manfaat daripada produk kredit dan kewangan menarik, sekali gus membolehkan mereka menjimatkan wang.

Beliau berkata, iMoneyCreditScore disokong agensi pelaporan kredit RAM Credit Information (RAMCI).

iMoney turut menjalin kerjasama dengan RHB Bank Berhad (RHB) bagi memperkenalkan RHB Easy Pinjaman Express yang menawarkan pembiayaan peribadi secara dalam talian melalui laman web iMoney.

Kerjasama dengan RHB Bank menawarkan ciri kelulusan bersyarat, membolehkan pengguna berkelayakan memohon pembiayaan peribadi secara dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Ogos 2018 @ 10:11 AM
Kabinet Malaysia 2020