SAMSUNG Malaysia Electronics mengadakan siri jelajah khas Samsung Galaxy Note 9 mulai semalam.
Sri Ayu Kartika Amri


SAMSUNG Malaysia Electronics menganjurkan siri jelajah khas Samsung Galaxy Note 9 sempena kehadiran peranti premium itu di pasaran Malaysia.

Siri jelajah berlangsung mulai semalam sehingga esok turut menampilkan S Pen yang disokong dengan Bluetooth Low-Energy (BLE).

Samsung Galaxy Note 9 boleh didapati di pasaran Malaysia sejak semalam pada harga yang disyorkan iaitu RM3,699 (128GB) dan RM4,599 (512GB).

Ia hadir dalam tiga variasi warna di mana Midnight Black dan Metallic Copper mempunyai S Pen dengan warna sama, manakala Ocean Blue dengan S Pen berwarna kuning.

Bagi mereka yang menantikan kehadiran Galaxy Note 9 boleh berkunjung di siri jelajah yang diadakan di beberapa lokasi antaranya Suria KLCC, Kuala Lumpur (24 hingga 27 Ogos, 10 pagi-10 malam) dan AEON Tebrau, Johor Bahru (24 hingga 26 Ogos, 10 pagi-11 malam).

Siri jelajah turut berlangsung di Queensbay Mall, Pulau Pinang (24 hingga 26 Ogos, 10 pagi-10 malam), East Coast Mall, Kuantan (24 hingga 26 Ogos, 10 pagi-10 malam) dan Surian Sabah, Kota Kinabalu (24 hingga 26 Ogos, 10 pagi-10 malam).

Untuk 1,000 pelanggan pertama yang membeli telefon pintar baharu Samsung Galaxy Note 9 menerusi siri jelajah itu layak untuk mendapatkan hadiah eksklusif percuma Pelan Perlindungan Skrin Samsung, Pad Pengecas Tanpa Wayar dan Selfie Stick dengan nilai keseluruhan RM515.

Orang ramai juga boleh memilih sama ada mahu membeli Galaxy Note 9 kedua dengan menerima rebat tunai bernilai RM999.

Banyak aktiviti menarik menanti pengunjung sempena siri jelajah Galaxy Note 9 ini dan lebih menarik lagi pameran di Suria KLCC menampilkan sesi bertemu selebriti tempatan Elizabeth Tan dari jam 2 petang hingga 4 petang hari ini manakala Ismail Izzani (jam 4 petang hingga 6 petang hari ini).

Manakala, siri jelajah itu akan diserikan dengan kehadiran Miss Astro Chinese International dari jam 2 petang hingga 4 petang esok.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi mereka yang terawal mendapatkan peranti premium terhebat di pasaran ini.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.samsung.com/my/offer/mobile/note9-roadshow.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Ogos 2018 @ 9:00 AM