LEJEUNE ketika perbincangan bertemakan e-dagang di Malaysia dan Asia Tenggara.
LEJEUNE ketika perbincangan bertemakan e-dagang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Nora Mahpar


Kuala Lumpur: Lazada, peneraju pusat beli-belah dalam talian di Asia Tenggara menyasarkan untuk melatih lapan juta usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau Asia Tenggara menjelang 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune berkata, pihaknya juga komited untuk mewujudkan ekosistem e-dagang yang sihat dan mampan serta mendahului peluang dalam infrastruktur teknologi dan logistik dalam usaha memberi manfaat kepada rantaian e-dagang termasuk penjual, pengguna dan komuniti tempatan.

“PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi Malaysia dan Lazada komited untuk mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi memacu era transformasi digital yang mampan.

“Dengan melatih penjual menerusi teknologi, kebolehan logistik dan rangkaian pembeli di dalam dan luar negara, kami dapat membantu mereka menjadi perniagaan yang mampan yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara dalam jangka panjang,” katanya kepada media dalam sesi perbincangan bertemakan ‘e-dagang di Malaysia dan Asia Tenggara’ anjuran Lazada Malaysia di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 November 2018 @ 9:38 AM