X
LIM (tiga dari kiri) bersama Tan (empat dari kiri) menunjukkan jersey dengan nama ‘Erdogan 1’ kepada Erdogan.- BERNAMA
LIM (tiga dari kiri) bersama Tan (empat dari kiri) menunjukkan jersey dengan nama ‘Erdogan 1’ kepada Erdogan.- BERNAMA
BERNAMA

ISTANBUL: Top Glove Corporation Bhd, pembuat sarung tangan getah terbesar dunia sedang mempertimbangkan untuk membuka kilang di Turki yang telah mengimport 70 peratus daripada permintaannya bagi produk berkenaan daripada syarikat itu.

Pengasasnya, Tan Sri Lim Wee Chai berkata, beliau menyuarakan kemungkinan itu ketika bertemu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, di sini.

Turki adalah pengimport sarung tangan keempat terbesar dunia selepas Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Brazil.

Top Glove memiliki operasi merangkumi Malaysia, Thailand, China, AS dan Eropah, di samping menguasai 25 peratus bahagian pasaran dunia.

Syarikat itu mengeksport ke 195 negara bagi memenuhi permintaan dalam segmen penjagaan kesihatan dan bukan penjagaan kesihatan.

Lim bersama Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan berada di sini bagi misi tiga hari untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria sebagai sukarelawan Yayasan Tzu Chi bersama 23 sukarelawan lain.

“Kami serius merancang membuka kilang di Turki. Ia akan membantu mewujudkan antara 500 dan 1,000 peluang pekerjaan, keutamaan pada fikiran saya adalah peluang menggaji pelarian Syria serta penduduk Turki,” katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan misi Tzu Chi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 10:26 AM