Pertelingkahan antara MAHB dan AirAsia masih belum selesai.
Pertelingkahan antara MAHB dan AirAsia masih belum selesai.
BERNAMA

Saman cukai lapangan terbang atau caj perkhidmatan penumpang (PSC) terhadap kumpulan AirAsia sedang dihujahkan di mahkamah dan proses itu perlu dibiarkan berjalan lancar, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB menjelaskan PSC adalah kadar statutori ditetapkan kerajaan dan diterbitkan menerusi pewartaan dan memberi kesan terhadap ekonomi industri penerbangan negara.

“Adalah penting untuk benar-benar jelas tentang pelaksanaan PSC yang telah diwartakan, peranan dan tanggungjawab syarikat penerbangan dan lapangan terbang, serta, hak pihak-pihak yang terlibat.

“Perkara ini melibatkan undang-undang yang perlu diputuskan oleh mahkamah untuk memuktamadkan perkara itu, untuk membolehkan industri penerbangan beroperasi secara efisien dan kompetitif, dan mematuhi semua piawaian dan peraturan penerbangan antarabangsa,” kata MAHB dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 12:07 PM