Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengumumkan bahawa Menteri Pengangkutan telah melantik semula tiga Anggota Suruhanjayanya.

Pelantikan semula itu adalah bagi tempoh tambahan tiga tahun berkuatkuasa mulai 1 Mac 2019.

Dalam kenyataan dikeluarkan, MAVCOM berkata, anggota surahanjaya terbabit ialah Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Seri Long See Wool dan Datuk Fauziah Yaacob.

MAVCOM dan Anggota Suruhanjayanya akan meneruskan mandat sebagai entiti bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara ekonomi dan komersial berhubung dengan industri penerbangan awam di Malaysia.

Ia juga bertanggungjawab memperjuangkan hak pengguna dalam sektor penerbangan.

Mavcom adalah sebuah suruhanjaya yang membiayai sendiri kos operasinya.

MAVCOM badan bebas yang ditubuhkan pada 1 Mac 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 untuk mengawal selia urusan ekonomi dan perdagangan berkaitan dengan penerbangan awam.

Matlamat Suruhanjaya adalah untuk mempromosikan industri penerbangan yang berdaya maju, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan komersial yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 1:35 PM