X
MOHARMUSTAQEEM
MOHARMUSTAQEEM
Bisnes HM


UNIFI meneruskan gerakan #khabarbaik dengan menawarkan pelan unifi 300Mbps terkini yang datang dengan Kotak Media, Pek Ultimate unifi TV dan baucar filem Video Atas Permintaan (VOD) percuma setiap bulan kepada pelanggan kediaman sedia ada dan baharu.

Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, sejak pengenalan gerakan #khabarbaik, pihaknya memfokus kepada mempertingkat pengalaman pelanggan, dari pemasangan unifi dalam tempoh 24 jam hinggalah kepada melanjutkan waktu operasi TMpoint terpilih kepada tujuh hari seminggu.

“Pelan unifi 300Mbps ini ditawarkan dengan Kotak Media dan baucar filem percuma bagi empat filem di saluran HyppFlicks Plus setiap bulan.

“Pelan ini bukan saja menawarkan kelajuan internet lebih pantas, malah menawarkan kandungan premium menerusi saluran antarabangsa terkemuka antaranya FOX, BBC, CBeebies, Nickelodeon dan Dreamworks.

“Kami juga merangka pelan ini mengikut kemahuan pelanggan dan memberikan penawaran 100 baucar VOD percuma kepada pelanggan untuk menonton filem kegemaran mereka dengan selesa di rumah atau di mana saja menerusi aplikasi [email protected],” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, unifi telah mempertingkatkan penawaran kandungannya di aplikasi [email protected] dengan Snek, saluran atas permintaan eksklusif yang menampilkan kandungan pendek, daripada golongan muda buat golongan muda.

“Saluran berkenaan menawarkan video pendek dengan durasi tiga hingga tujuh minit meliputi tajuk yang dekat di hati golongan muda.

“Ia turut disertakan siri web mini yang memfokus kepada tema percintaan generasi milenial,” katanya.

Pelan ini turut didatangkan dengan masa berbual 600 minit ke talian tetap dan mudah alih seluruh negara dengan hanya RM199 sebulan.

Pakej ini boleh dilanggani bermula 15 April lalu menerusi atas talian di laman web unifi.com.my, cawangan TMpoint di seluruh negara, wakil jualan TM dan agen berdaftar TM.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 6:56 PM