CHIN di MR DIY cawangan pusat beli-belah Mid Valley. FOTO NURUL Shafina Jemenon
hmdigital

KUALA LUMPUR: MR DIY Trading Sdn Bhd (MR DIY) menawarkan diskaun 20 peratus ke atas lebih 300 produk di laman Shopee sempena sambutan Aidilfitri.

Timbalan Presiden MR DIY, Andy Chin berkata, diskaun itu ditawarkan pada jualan kejutan Shopee.

“Baucar diskaun berjumlah RM300,000 boleh ditebus untuk mendapatkan penjimatan tambahan apabila berbelanja di laman rasmi Shopee MR DIY.

“Malah, pada hari istimewa iaitu 11 Mei, 23 Mei dan 1 Jun, kami turut menawarkan baucar diskaun sehingga RM400,000 untuk dimenangi.

“Pada 23 Mei, MR DIY akan memberikan jag plastik premium bernilai RM15 kepada pelanggan bagi pembelian sekurang-kurangnya RM60 di laman rasmi Shopee MR DIY, dan penghantaran percuma juga ditawarkan untuk setiap pembelian minimum RM20,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, semua tawaran dan promosi ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memeriahkan dan memudahkan persiapan raya rakyat Malaysia.

“Kami juga akan memberikan sampul duit raya direka khas secara percuma kepada pelanggan bagi setiap pembelian RM30 di cawangan MR DIY terpilih,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 8:19 AM