PENGERUSI Sphere Exhibits Malaysia, Chua Wee Phong menandatangan plak MIFB 2019 di KLCC.
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) mengunjurkan transaksi jualan AS$500 juta (RM2.06 bilion) sepanjang tiga hari pameran itu berlangsung.

Pengarah Projek Sphere Exhibits Malaysia Sdn Bhd, Henri Tan berkata, tahun lalu pihaknya mencatatkan transaksi jualan bernilai AS$300 juta (RM1.24 bilion) yang kebanyakannya disumbangkan daripada padanan perniagaan.

Katanya, pameran kali ini disertai lebih 600 pempamer dari 70 negara termasuk Bhutan, Kuwait, Arab Saudi, United Kongdom dan Arab Emeriah Bersatu.

“70 peratus daripada pempamer adalah wakil antarabangsa dan 30 peratus mewakili syarikat makanan dan minuman (F&B) tempatan.

“Kami menjangkakan 20,000 pelawat bagi MIFB yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),” katanya selepas perasmian pembukaan MIFB 2019 di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 7:15 AM