KEMPEN 9.9 Super Shopping Day beri penjimatan kepada pembeli. FOTO Owee Ah Chun
hmdigital

SHOPEE menawarkan penghantaran percuma menerusi perbelanjaan minimum RM9 sempena kempen membeli-belah tahunannya, 9.9 Super Shopping Day.

Ketua Bahagian Perniagaan Shopee, Zed Li berkata, pihaknya komited memberi penjimatan kepada pembeli.

Katanya, sempena 9.9 Super Shopping Day, pengguna dapat penjimatan sehingga 90 peratus berbanding purata penjimatan 20 peratus untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa.

“9.9 Super Shopping Day berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September 2019 dan Shopee memberi tawaran dan diskaun meliputi pelbagai kategori jenama besar.

“Kami menjangka jualan sempena kempen ini sama seperti tahun sebelumnya namun kali ini Shopee menawarkan lebih banyak barangan termasuk barangan terpilih pada harga RM1,” katanya di majlis pelancaran 9.9 Super Shopping Day di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah E-Dagang Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Song Hock Koon.

Zed berkata, untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum bagi penghantaran percuma kepada RM9.

Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat tiga minggu antaranya, Jualan Kilat Shocking (tawaran serendah RM1), Pek Baucar Hebat RM9.90, One or Not (21 motosikal Yamaha, satu Honda City hanya untuk RM1) dan pelbagai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 6:54 AM