SATU pelan untuk seisi keluarga.
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: Mengambil perlindungan untuk keluarga adalah satu perkara asas yang perlu dilakukan namun kebiasaannya setiap ahli perlu mengambil pelan berbeza dan ia sedikit sebanyak membebankan ketua keluarga.

Ia mungkin menjadi antara faktor mengapa segelintir keluarga terpaksa mengabaikan pengambilan perlindungan kerana tidak mahu terperangkap dalam beban kewangan.

Namun, tahukah anda ada pelan perlindungan takaful yang mana hanya satu pelan diperlukan untuk seisi keluarga?

Memulakan operasi pada Mac 2019, FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) adalah syarikat takaful yang pertama untuk Kumpulan FWD (FWD). FWD antara syarikat insurans yang paling pesat berkembang di rantau ini serta berpengalaman dalam menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, takaful dan faedah pekerja.

Melalui FWD Takaful, penyediaan produk takaful yang mudah, jelas, tidak rumit dan senang difahami dapat diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.

FWD Takaful tampil menawarkan 3 pelan takaful iaitu FWD Family First, FWD Future First dan FWD Invest First yang didorong oleh pelanggan dan teknologi dengan mengutamakan keperluan orang ramai.

Pelan FWD Family First adalah pelan takaful pertama di negara ini yang memberi perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga dan memastikan setiap ahli keluarga sentiasa dilindungi.

Kini, ketua keluarga tidak perlu lagi membayar dan mengurus pelan bagi setiap individu untuk setiap ahli keluarga mereka.

Ia fleksibel seiring dengan perubahan dalam keluarga dan boleh disesuaikan untuk memastikan setiap ahli keluarga sentiasa dilindungi.

FWD Family First turut menyediakan perlindungan keseluruhan untuk keluarga yang mana bersamaan dengan 250 peratus daripada jumlah dilindungi.

Pelan ini sesuai untuk mereka yang ingin melindungi kewangan mereka daripada terjejas teruk akibat kehilangan pendapatan yang berpanjangan, mereka yang mencari satu pelan untuk seisi keluarga yang kosnya kurang berbanding membeli pelan individu dan bagi yang belum memiliki sebarang perlindungan penyakit kritikal.

FWD Future First pula pelan takaful pertama di Malaysia direka untuk memastikan orang tersayang dapat kembali berdikari dari segi emosi dan kewangan.


FWD Future First beri sokongan kewangan, praktikal dan emosi saat mereka memerlukan.

Di samping menyediakan bayaran, sekali gus sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau penyakit terminal, pelan ini menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan, termasuk sesi dengan kaunselor berkelayakan dan nasihat undang-undang daripada pakar bebas.

Manakala pasangan kepada orang dilindungi boleh memohon sijil takaful yang baharu tanpa sebarang pengunderaitan untuk tempoh dua tahun.

FWD Takaful turut menyediakan sokongan badal haji untuk pelanggan Islam dengan mengurus dan membayar badal haji daripada panel penyedia perkhidmatannya.

Badal haji ini layak bagi orang dilindungi yang tidak pernah mengerjakan ibadah haji semasa hayat mereka atau jika orang dilindungi tidak dapat menunaikan ibadah haji sebelum kematian mereka.

Selain itu, FWD Takaful juga menawarkan pelan FWD Invest First (Education, Legacy atau Wealth) iaitu pelan takaful berkaitan pelaburan yang membantu meningkatkan simpanan di samping melindungi kewangan untuk meningkatkan kekayaan dan menjaminnya sekiranya sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Ketiga-tiga pelan memberi manfaat menyeluruh ini bukti komitmen FWD Takaful dalam membuat perubahan kepada kehidupan yang lebih baik untuk orang ramai.

FWD Takaful tidak hanya menawarkan pelan perlindungan, bahkan mewujudkan pengalaman baharu kepada pelanggan dengan produk yang telus, mudah difahami dan disokong oleh teknologi digital.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai FWD Family First, FWD Future First dan FWD Invest First, layari fwd.com.my atau hubungi talian 1300137988.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 @ 6:48 AM