SHAMSUL Amree (tiga dari kanan) dan Linda (tiga dari kiri) melancarkan piza Quattro di Domino's Pizza Seksyen 13, Shah Alam.
SHAMSUL Amree (tiga dari kanan) dan Linda (tiga dari kiri) melancarkan piza Quattro di Domino's Pizza Seksyen 13, Shah Alam.
hmdigital

SHAH ALAM: Domino’s Pizza Malaysia optimis dapat memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama piza terkemuka dengan meneroka lebih banyak pasaran khususnya di Sarawak.

Timbalan Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya masih ada ruang untuk syarikat mencatatkan pertumbuhan lebih baik meskipun dalam situasi ekonomi dan pasaran yang mencabar.

Beliau berkata, setakat ini, Domino’s Pizza mempunyai 241 cawangan dan beroperasi di setiap negeri kecuali Sarawak.

“Jadi, kami berharap dapat buka cawangan di sana secepat mungkin, namun pelbagai aspek perlu diteliti seperti kekangan tertentu termasuk keadaan ekonomi semasa dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kami tetap gembira kerana pada tahun ini saja 10 cawangan dibuka walaupun pada awalnya menyasarkan pembukaan 15 cawangan,” katanya selepas melancarkan menu terbaharu piza Quattro di sini.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan.

Piza Quattro yang terdiri daripada Signature Quattro dan Veggie Quattro mempunyai empat rasa dalam satu piza boleh dibeli mulai 30 September di semua cawangan Domino’s mahupun secara dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 6:10 AM