MALAYSIA Airlines menawarkan potongan harga besar-besaran melalui MHholidays Big Sale.


MALAYSIA Airlines menawarkan potongan harga besar-besaran untuk tempahan penerbangan dan penginapan hotel melalui MHholidays Big Sale bermula sekarang hingga 28 Oktober ini bagi tempoh perjalanan dari 22 Oktober 2019 hingga 30 April 2020. 

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata, pelanggan yang membuat tempahan untuk penginapan selama empat malam atau lebih berpeluang menikmati penjimatan sehingga 50 peratus. “Mereka juga berpeluang mendapatkan penginapan percuma untuk satu malam di satu daripada 12 hotel di 10 destinasi berbeza,” katanya pada kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. 

Menurutnya, penumpang Malaysia Airlines boleh berkunjung ke Phuket dengan harga tiket penerbangan kelas Ekonomi dari RM519, Hong Kong (dari RM789), Tokyo (dari RM1,419), Melbourne (dari RM1,879) dan Sydney (dari RM1,959).  

“Kami juga menawarkan tiket pergi dan balik kelas Ekonomi untuk laluan ke Manila dari RM709, Jakarta (dari RM759), Kota Kinabalu (dari RM779), Pulau Pinang (dari RM299) dan Bangkok (dari RM729),” katanya. 

Katanya, pelanggan yang merancang percutian pendek boleh menikmati penjimatan sehingga 35 peratus untuk penginapan tiga hari dua malam di lapan hotel terpilih di lima destinasi. 

“Tiket penerbangan pergi dan balik kelas Ekonomi boleh didapati pada harga rendah untuk laluan ke Langkawi dari RM359, Pulau Pinang (dari RM299), Kuala Lumpur (dari RM279), Kota Kinabalu (dari RM269) dan Bangkok (dari RM329),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 5:41 PM