KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd Tahir (kiri) dan Eqhwan menunjukkan anugerah yang diterima.
hmdigital

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic), Eqhwan Mokhzanee dianugerahkan Anugerah Islamic Banker of the Year 2019 oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA) di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Malah, majlis sama turut menyaksikan AmBank Islamic menerima Anugerah Most Improved Islamic Bank 2019.

Mengulas kemenangan yang diraih, Eqhwan berkata, anugerah diterimanya itu adalah pengiktirafan bukan hanya untuk peranan AmBank Islamic dalam menyokong pelanggan, malah sebagai perantara yang membolehkan pembangunan kerjaya dan sumbangan kepada industri kewangan Islam.

“Anugerah ini adalah penghargaan diberikan melalui saya kepada kepemimpinan serta rakan sekerja di AmBank Islamic dan Kumpulan AmBank,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 8:02 AM