MAJLIS pelancaran Ansa Okinawa Resort di Jepun.
Oleh Sofyan Rizal Ishak


KUALA LUMPUR: Berjaya Hotels & Resorts (BHR) mengumumkan pembukaan rasmi Ansa Okinawa Resort (Ansa Okinawa) yang menjadi bukti kepada kemasukan syarikat itu ke Pulau Okinawa iaitu destinasi pelancongan antarabangsa yang semakin popular di Jepun.

Ansa Okinawa terletak di dataran tinggi Uruma iaitu bandar ketiga terbesar di wilayah Okinawa yang dikenali dengan iklim subtropika, hutan yang tenang, pemandangan matahari terbit yang indah dan pantai serta terumbu karang.

Lokasi resort ini juga unik kerana ia menawarkan pandangan panorama Laut China Timur dan Lautan Pasifik yang tidak terhalang di setiap sisi pulau.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land Berhad, Syed Ali Shahul Hameed berkata, Ansa Okinawa adalah satu lagi pencapaian bagi pelaburan signifikan Kumpulan Berjaya di Jepun selepas kejayaan terbaik membuka Four Seasons Hotel & Residences Kyoto pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 7:44 AM