ORANG ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke [email protected] anjuran Popular Book Co (M) Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Oleh Sofyan Rizal Ishak


KUALA LUMPUR: Popular Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) bakal menganjurkan Pesta Buku Mega ke-13 Popular di Pulau Pinang di Pusat Konvensyen Straits Quay (SQCC) bermula pada 28 November hingga 8 Disember ini.

Menurut rangkaian kedai buku terkemuka negara itu, acara terbabit adalah lanjutan daripada acara utama Popular iaitu [email protected] yang dianjurkan secara tahunan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

“Pelawat bukan saja boleh menjangkakan tawaran menarik bagi bacaan dalam Bahasa Inggeris, Cina dan Melayu, malah berpeluang mendapatkan pelbagai buku, alat tulis, cakera padat dan cakera video digital, gajet serta barangan teknologi maklumat (IT) pada harga terbaik,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Pulau Pinang adalah lokasi terkini bagi acara Pesta Buku Mega di samping lokasi lain seperti Johor, Melaka dan Selangor.

Syarikat itu berkata, pengunjung terutama ahli kad Popular boleh menikmati pelbagai tawaran dan nilai terbaik untuk wang seperti pemberian kad edisi terhad Kad Popular sempena ulang tahun ke-95 di samping hadiah percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 7:56 AM