MELATI menunjukkan Meetings@McD boleh ditempah menerusi aplikasi mudah alih McDonald’s. FOTO Roslin Mat Tahir
MELATI menunjukkan [email protected] boleh ditempah menerusi aplikasi mudah alih McDonald’s. FOTO Roslin Mat Tahir
Hamizah Badiran


SHAH ALAM: McDonald’s Malaysia kini memperkenalkan [email protected] yang membolehkan orang ramai menggunakan restoran McDonald’s sebagai lokasi mesyuarat luar pejabat yang lebih santai.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pelanggan boleh membuat tempahan di restoran McDonald’s atau secara dalam talian menerusi laman web rasmi dan aplikasi mudah alih McDonald’s.

“Harga pakej ditawarkan bermula daripada RM500 untuk separuh hari iaitu empat jam yang mana kita turut membenarkan mereka mengolah tema mesyuarat mengikut kesukaan masing-masing atau semua disediakan pihak kami.

“Makanan dan kemudahan seperti projektor atau televisyen juga termasuk dalam pakej mengikut keadaan dan ketersediaan.

“Sekiranya anda ke restoran McDonald’s untuk menempah atau bertanya mengenai [email protected] dan [email protected], boleh cari kakitangan kami bergelar guest experience leader yang memakai pakaian berwarna ungu kerana mereka sentiasa bersedia memberi penerangan,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-40 Happy Meal, di sini.

Tambah Melati, pakej [email protected] boleh dilakukan pada bila-bila masa dan pelanggan lebih suka memilih melakukannya pada waktu makan tengah hari pada hari bekerja.

Selain itu, pelanggan juga boleh menyambut sebarang majlis keraian termasuk hari lahir, pertunangan, pernikahan atau graduasi di McDonald’s melalui pakej [email protected] yang boleh ditempah mengikut medium sama.

“Kami gembira dapat menyediakan semua ini kepada pelanggan. Kemesraan dan keceriaan anda di samping keluarga tercinta meluangkan masa bersama-sama sangat berharga buat kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 6:48 AM