CAWANGAN Grand Senheng yang ke-17 di Semenyih.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: Senheng terus mengukuhkan namanya sebagai sebuah rangkaian kedai barangan elektrik terbesar di Malaysia melalui pembukaan cawangan Grand Senheng ke-17 di Semenyih, baru-baru ini.

Ia juga menandakan komitmen Senheng dalam menyediakan pengalaman membeli-belah berbeza kepada pengguna dan memastikan aktiviti membeli-belah di kedai, dalam talian serta mudah alih sentiasa selaras dengan pilihan pengguna untuk membeli.

Grand Senheng ini menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna dengan kepelbagaian barangan elektrik dan elektronik dari jenama serta servis yang berlainan, termasuk Samsung, Huawei, Panasonic, LG, Sharp, Sony, Electrolux, Hitachi, Philips, Toshiba, Aeon & AIG.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan, Senheng berkata, konsep Grand Senheng Megastore menandakan usaha pihaknya dalam inisiatif meningkatkan pengalaman membeli-belah secara menyeluruh dengan menyediakan lebih banyak pilihan dan produk berjenama berkualiti tinggi.

Katanya, Grand Senheng juga menawarkan unsur eksperimen dengan menyediakan ruang sudut peralatan dapur bagi meningkatkan daya tarikan, khususnya terhadap pembeli yang cenderung kepada gaya hidup tertentu.

“Sempena pembukaan Grand Senheng Semenyih, kami menyediakan pelbagai promosi hebat antaranya rebat EZ Kredit hingga 40 peratus dan pelbagai barangan elektrik kecil ditawarkan dengan hanya RM10 seunit.

“Senheng APP juga menawarkan perkhidmatan yang canggih untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan kami dalam menguruskan e-dompet, memperoleh resit, e-baucar dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan juga disediakan untuk bank terpilih dan pelan bayaran mudah Aeon Credit dengan faedah serendah satu peratus untuk model terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 9:01 AM