KHOR (tengah) bersama Syed Zainal Abidin (dua dari kiri) dan Razlan (dua dari kanan) pada pelancaran Yamaha Lagenda 115Z Edisi Terhad MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang.
Oleh Lizam Ridzuan


HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM), pemasang dan pengedar motosikal Yamaha di negara ini melancarkan model Lagenda GP Edisi Terhad, baru-baru ini di Sepang.

Pengarah Urusannya, Datuk Jim Khor berkata, model ‘cub’ Lagenda 115Z itu kini ditawarkan dengan warna rasmi Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) dan ia adalah yang pertama dihasilkan oleh mereka.

“Sebelum ini kami pernah menawarkan motosikal dengan warna pasukan utama MotoGP Yamaha dan rekaan kali ini diinspirasikan daripada jentera YZR-M1 pasukan SRT yang ditunggang oleh Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo pada musim 2019,” katanya pada majlis pelancaran model itu di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Naib Presiden Pemasaran dan Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 9:13 AM