HARGA rumah Salvia 2 di perbandaran Bukit Banyan bermula dari RM370,400 selepas diskaun Bumiputera. FOTO Paramount Property
Nabil Basaruddin


PEMBELI rumah yang mendapatkan unit kediaman ditawarkan oleh Paramount Property (Utara) Sdn Bhd (Paramount) pada tahun ini layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10 peratus dan banyak lagi!

Potongan hebat itu adalah bersempena dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dimulakan pada awal hingga hujung tahun ini yang memberi peluang dan tawaran menarik kepada orang ramai.

Antara produk hartanah yang ditawarkan pada HOC oleh Paramount termasuklah projek yang sedang dibangunkan iaitu Salvia 2 iaitu fasa kelima di perbandaran Bukit Banyan di Sungai Petani, Kedah membabitkan sejumlah 83 unit kediaman yang mempunyai kawalan keselamatan.

Salvia 2 mempunyai saiz lot 22x75 dan keluasan binaan sekitar 2,485 kaki persegi pada harga bermula dari RM370,400 selepas ditolak diskaun untuk lot Bumiputera dan pembeli boleh menikmati yuran guaman dan duti setem percuma sempena kempen HOC 2019 dijalankan.

Salvia 2 adalah projek yang bersesuaian bagi mereka yang inginkan suasana keharmonian dan keselesaan bakal penghuninya apabila siap kelak.

Selain itu, Salvia 2 dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2021.

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk perbandarannya, Paramount komited menyediakan lebih banyak penawaran produk hartanah kepada penduduk di Kedah menerusi pelancaran Bukit Banyan, projek perbandaran kawasan tinggi yang pertama di negeri itu.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, pembangunan perbandaran itu akan membabitkan kawasan tanah seluas 520 ekar di mana sekitar 25 ekar adalah taman berbukit bagi mengaktifkan gaya hidup sihat.

Katanya, projek terbabit membawakan lapan taman dengan tema berbeza bagi mewujudkan persekitaran rekreasi yang lebih menyeronokkan di mana penghuninya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan lebih dekat dengan alam semulajadi.

Bukit Banyan turut mempunyai projek lain yang bakal melengkapi perbandaran itu seperti Emilia 2, rumah teres dengan saiz 26 x 75 iaitu rumah teres yang mempunyai ruang luas serta tempat letak kereta yang boleh memuatkan sehingga empat kenderaan.

“Emilia 2 membabitkan sejumlah 49 unit dan kebanyakannya adalah untuk lot Bumiputera dan syarikat menyasarkan untuk melancarkannya secara rasmi pada Mac 2020 dan ia sudahpun dibuka untuk pendaftaran,” katanya.

Pembeli boleh mengunjungi pejabat jualan Paramount Property di Bukit Banyan dari jam 9 pagi hingga 6 petang atau hubungi 04-441 3388 untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 5:10 PM