LOKE ketika memberi penerangan mengenai pas lawatan MySense dan My50 Prasarana, semalam.
Bisnes HM

PELANTIKAN ketua pegawai eksekutif (CEO) Prasarana Malaysia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, Prasarana adalah sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), manakala MAHB sebahagiannya dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd dan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia.

“Pelantikan CEO Prasarana tidak berada bawah kuasa kami kerana ia adalah syarikat MoF Inc.

“Begitu juga dengan MAHB, yang juga sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang sebahagiannya dimiliki oleh Khazanah jadi lembaga itu perlu membuat keputusan,” katanya pada taklimat media tentang mengenai pas lawatan MySense dan My50 Prasarana, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 January 2020 @ 6:01 AM