LIM (kanan) pada majlis pelancaran F&N Life di Glasshouse, Seputeh.
LIM (kanan) pada majlis pelancaran F&N Life di Glasshouse, Seputeh.
Sofyan Rizal Ishak


FRASER & Neave Holdings Bhd (F&N) mengukuhkan kedudukannya dalam sektor e-dagang melalui pengenalan gedung dalam taliannya, F&N Life yang menawarkan nilai, capaian dan keselesaan terbaik kepada pengguna di negara ini.

Pengarah Pemasarannya, Graham Lim berkata, laman e-dagang pertama F&N itu menyediakan platform yang memudahkan pengguna untuk menempah produk F&N secara pukal dan pada harga berpatutan serta dihantar terus ke rumah terutama pada musim perayaan dan sambutan istimewa.

Menurutnya, pengenalan platform ini diyakini mampu bagi meningkatkan jualan produk syarikat secara dalam talian sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran dalam pasaran e-dagang.

β€œF&N Life adalah platform e-dagang utama kumpulan di samping jualan produk F&N dalam talian lain bersama rakan e-dagang.

β€œIa juga saluran alternatif kepada pelanggan di samping jualan dalam talian membabitkan pelbagai platform e-dagang. Sebelum ini, kami bergantung kepada platform e-dagang lain untuk mencapai segmen pasaran dan pengguna baharu.

β€œF&N Life melengkapi rangkaian pengedaran fizikal kami bagi meningkatkan kehadiran di berbilang saluran sekali gus meningkatkan lagi penembusan pasaran,” katanya pada majlis pelancaran F&N Life.

Sempena pelancaran itu, pengguna akan menerima potongan lima peratus daripada semua pembelian yang dilakukan melalui laman e-dagang atau aplikasi mudah alih dan menikmati perkhidmatan penghantaran percuma di Semenanjung sepanjang Januari dan Februari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 January 2020 @ 6:01 AM