(Dari kiri) Penerbit InsuranceAsia News, Yawar Tharia dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Rangam Bir.
(Dari kiri) Penerbit InsuranceAsia News, Yawar Tharia dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Rangam Bir.
BERNAMA

Gibraltar BSN Life Bhd dinobatkan sebagai Syarikat Insurans Digital Terbaik Malaysia oleh penerbitan insurans serantau, InsuranceAsia News pada acara tahunan Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia News 2019.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Rangam Bir berkata, kemenangan Gibraltar BSN itu berikutan gabungan unik aplikasi digital, analisis data dan media sosial yang diperkenalkan.

“Antara inisiatif digital yang membuatkan hakim berasa kagum ialah sistem penyampaian e-Polisi melalui aplikasi WhatsApp Gibraltar BSN yang pertama dalam pasaran dan diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, yang membolehkan syarikat insurans hayat menyerahkan polisi insurans secara terus dan selamat kepada pelanggan sebaik saja polisi mereka diluluskan,” katanya.

Menurutnya, sejak beberapa tahun lalu, Gibraltar BSN sudah memberi tumpuan kepada pelaksanaan strategi transformasi digital untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk untuk pelanggan.

“Pengiktirafan dari InsuranceAsia adalah bukti kukuh bahawa pencapaian kami juga seiring dengan syarikat insurans hayat lain di rantau Asia.

“Kami akan meneruskan usaha untuk memperkenalkan inisiatif digital yang akan meningkatkan pengalaman pelanggan, merangsang pertumbuhan perniagaan dan memperluaskan saluran pengedaran,” katanya, semalam.

Selain penyampaian e-Polisi melalui aplikasi WhatsApp, inisiatif digital lain yang telah diperkenalkan oleh Gibraltar BSN termasuk GINA (Gibraltar INtelligent Assistant) iaitu Chatbot yang menawarkan perkhidmatan pelanggan segera, cekap dan unggul melalui aplikasi WhatsApp 24-7, dan Dengue Cover+ iaitu pelan digital insurans hayat mampu milik dengan perlindungan tambahan untuk penyakit berkaitan Denggi dan Zika.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 3:38 PM