SHELL.
SHELL.
BERNAMA

SHELL Malaysia memansuhkan fi 50 sen ke atas transaksi tambah nilai Touch ‘N Go (TnG) di semua 27 stesennya di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (NSE) berkuatkuasa hari ini.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berharap pemansuhan fi itu dapat membantu pelanggannya lebih berjimat dalam persekitaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Diharapkan langkah pemansuhan caj untuk tambah nilai di semua stesen di sepanjang NSE itu yang merupakan langkah permulaan dapat mengurangkan kebimbangan pelanggan kami ketika memulakan perjalanan atau mengisi minyak di Shell dalam perjalanan yang panjang,” katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 6:09 PM