ADIBAH  (dua dari kiri), Pek (dua dari kanan), Michael (kiri) dan Azrul (kanan) ketika majlis pelancaran  peraduan MyDebit Je dengan Kad ATM Anda dan Menang.
ADIBAH (dua dari kiri), Pek (dua dari kanan), Michael (kiri) dan Azrul (kanan) ketika majlis pelancaran peraduan MyDebit Je dengan Kad ATM Anda dan Menang.
Suliati Asri

BAGI menggalakkan pelanggan menggunakan kad MyDebit sebagai transaksi pembayaran, Kumpulan The Store menganjurkan peraduan MyDebit Je dengan Kad ATM Anda dan Menang sehingga 31 Mac depan.

Peraduan dengan kolaborasi bersama syarikat Payments Network Malaysia (PayNet) itu kini berlangsung di semua cawangan Pasar Raya The Store, Pasar Raya Besar Pacific, Milimewa Superstore dan kedai serbaneka Super Jimat.

Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek berkata, pihaknya percaya pembayaran tanpa tunai memberi kemudahan dan keselesaan kepada pihaknya serta pelanggan.

“Kami sedar transaksi pembayaran secara tanpa sentuh lebih mudah dikendali dan mengelakkan daripada beratur panjang ketika melakukan pembayaran.

“Kerjasama ini ternyata pilihan tepat khususnya dengan rakan niaga berprestij, PayNet,” katanya selepas majlis pelancaran peraduan berkenaan di Taiping.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kad PayNet, Michael Kumar, Ketua Jabatan MyDebit Bahagian Perkhidmatan Kad (PayNet), Azrul Fakhzan dan duta Kumpulan The Store, Adibah Noor.

Untuk menyertai peraduan itu, pelanggan hanya perlu melakukan pembayaran menggunakan kad ATM MyDebit dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit melalui transaksi secara tanpa sentuh di mana-mana cawangan yang mengambil bahagian.

Pelanggan perlu memuat naik resit pembayaran yang jelas berserta resit transaksi MyDebit melalui talian di www.tstore.com.my/mydebit.

The Store turut memberikan Ganjaran Cabutan Bertuah dan Ganjaran Segera dengan hadiah menarik termasuk sebuah Proton X70 dan Proton Saga, lima hadiah istimewa berupa Yamaha Y15ZR dan saguhati baucar bernilai RM500.

Bukan itu saja, Ganjaran Segera bernilai RM100,000 berbentuk baucar hadiah RM10 atau RM5 juga menanti pelanggan yang membuat pembelian minimum bernilai RM50 sehingga 31 Januari ini dengan menggunakan kad MyDebit ATM menerusi transaksi secara tanpa sentuh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 6:30 AM