Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Ahmad Dasuki Abdul Majid.


PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melantik Ahmad Dasuki Abdul Majid sebagai Ketua Eksekutif baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pelantikan Ahmad Dasuki bagi menggantikan Wan Ahmad Wan Yusoff yang bersara pada 18 Ogos lalu, dipersetujui oleh Lembaga Pengurusan PTPTN berdasarkan pengalaman serta kepakarannya.

“Beliau adalah seorang daripada pegawai terawal menyertai PTPTN pada 1998, berkelulusan ijazah sarjana dalam jurusan pengurusan perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ijazah sarjana muda dalam jurusan perakaunan dan kewangan dari Universiti of Greenwich, United Kingdom,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Dasuki, 45, mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan dan diyakini mampu memacu PTPTN ke era baharu.

“Kami warga perbadanan mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan pelantikan Ahmad Dasuki.

“Saya yakin beliau akan dapat memimpin pelaksanaan strategi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengurusan PTPTN demi memastikan bebanan peminjam dapat diringankan, sekali gus melestarikan PTPTN untuk terus menyumbang dalam pembentukan modal insan negara”, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 9:27 PM
Kabinet Malaysia 2020