KLCCP Stapled Group terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dan KLCC Real Estate Investment Trust (REIT).
KLCCP Stapled Group terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dan KLCC Real Estate Investment Trust (REIT).

KLCCP Stapled Group menjangkakan prestasi kumpulan kekal kukuh di tengah-tengah landskap pasaran yang terus mencabar khususnya melalui profil jangka panjang pajakan pejabat.

Ketua Pegawai Eksekutif KLCCP Datuk Hashim Wahir berkata, pembukaan penuh ruang yang disusun semula itu pada pertengahan 2020 dijangka meningkatkan lagi prestasi runcitnya.

“Kami menjangka segmen hotel mendapat manfaat daripada peningkatan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Dalam usaha kami menyediakan nilai jangka panjang dan pulangan mampan kepada pemegang sekuriti kami, kumpulan terus menumpu untuk mewujudkan nilai daripada KLCC Precinct, gaya hidup ke arah bandar pintar berdigital, terhubung dan lestari,” katanya dalam kenyataan semalam.

KLCCP Stapled Group terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dan KLCC Real Estate Investment Trust (REIT).

Syarikat mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi iaitu RM1.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, daripada RM964.1 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Hasil meningkat 1.2 peratus kepada RM1.4 bilion, disumbang prestasi kukuh dalam segmen runcit dan hotel.

Menurutnya, segmen runcit yang terdiri daripada Suria KLCC dan podium runcit Menara 3 Petronas mencatatkan pengukuhan walaupun berdepan kerugian pendapatan selama lapan bulan berikutan penyusunan semula ruang.

“Namun, hartanah itu mencatatkan pertumbuhan pendapatan 2.3 peratus dan peningkatan keuntungan sebelum cukai 1.9 peratus yang meningkatkan jumlah perolehan tahunannya kepada RM2.67 bilion pada 2019,” katanya.

Pada 2019, nilai hartanah KLCCP Stapled Group meningkat kepada RM15.9 bilion disokong terutama oleh peningkatan nilai daripada penyusunan semula ruang di Suria KLCC.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 7:20 AM