KAPAL persiaran, Diamond Princess yang 10 penumpangnya didapati positif koronavirus berlabuh di Terminal Daikoku Pier Cruise di Yokohama di Selatan Tokyo, semalam. FOTO Reuters
KAPAL persiaran, Diamond Princess yang 10 penumpangnya didapati positif koronavirus berlabuh di Terminal Daikoku Pier Cruise di Yokohama di Selatan Tokyo, semalam. FOTO Reuters
HM Bisnes

SME Bank menawarkan pelepasan sementara komitmen kewangan kepada pelanggan yang terjejas oleh penularan koronavirus baharu untuk meringankan beban kewangan mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Aria Putera Ismail (gambar) berkata, pelanggan boleh tampil ke bank untuk disemak dan dipertimbangkan bagi pelepasan itu untuk memastikan kesinambungan perniagaan mereka.

“Dengan inisiatif pelepasan sementara ini, pelanggan kami yang terjejas akan dapat menguruskan kewangan mereka dengan berkesan untuk memastikan kemampanan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, agensi di bawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, terus komited untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh sukar ini.

“Mandat kami untuk membimbing dan membangunkan PKS terus menjadi tumpuan dan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan dapat dicapai,” katanya.

Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan pelanggan bank itu atau mengunjungi cawangan terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Februari 2020 @ 6:15 AM
    Kabinet Malaysia 2020