NOR SHAMSIAH MOHD YUNUS
Mahanum Abdul Aziz dan Hazwan Faisal Mohamad


PERTUMBUHAN ekonomi pada suku pertama tahun ini dijangka terkesan oleh penularan Covid-19, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Namun, beliau berkata, kesan buruknya terhadap ekonomi adalah bergantung kepada bagaimana teruknya virus itu menular serta tindak balas negara dalam menanganinya.

“Penularan koronavirus akan menjejaskan pertumbuhan Malaysia menerusi pelancong asing yang rendah serta perbelanjaan terhadap hotel, runcit, pengangkutan dan restoran yang rendah.

“Permintaan perlahan dan gangguan pengeluaran di China menjejaskan eksport Malaysia,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia suku keempat 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Nor Shamsiah berkata, industri perbankan sudah mengumumkan langkah untuk membantu mereka terjejas oleh penularan virus berkenaan.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia dijangka akan kekal disokong oleh perbelanjaan sektor swasta dan pemulihan aktiviti global.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 2:27 PM