SHELL menjangkakan untuk memansuhkan caj tambah nilai Touch ‘n Go di semua stesen minyak kendaliannya. FOTO Rohanis Shukri
SHELL menjangkakan untuk memansuhkan caj tambah nilai Touch ‘n Go di semua stesen minyak kendaliannya. FOTO Rohanis Shukri
Bisnes HM


SHELL Malaysia akan memansuhkan caj 50 sen bagi tambah nilai Touch ‘n Go di semua stesen petrolnya di lebuh raya kendalian PLUS iaitu Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE) serta Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Januari lalu, Shell mula melaksanakan langkah berkenaan di semua 27 stesennya di sepanjang Lebuhraya Utara - Selatan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, pihaknya juga menjangkakan untuk memansuhkan caj berkenaan di semua stesen minyak kendaliannya.

“Kami memahami cabaran yang dihadapi pengguna khususnya dalam keadaan kos hidup yang terus meningkat.

“Agak sukar untuk berjimat-cermat dalam keadaan perbelanjaan asas seperti makanan, pengangkutan, utiliti dan pendidikan perlu diutamakan.

“Langkah memansuhkan caj tambah nilai ini diharap dapat membantu meringankan beban pengguna dan mengurangkan kebimbangan mereka untuk menambah nilai Touch ‘n Go di stesen minyak Shell,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 3:50 PM