TH umum tiga lantikan baharu pengurusan kanan. FOTO Saddam Yusofff
TH umum tiga lantikan baharu pengurusan kanan. FOTO Saddam Yusofff
Bisnes HM

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan tiga lantikan baharu pengurusan kanan institusi itu dalam usaha mengukuhkan pentadbiran kewangan dan pelaburannya.

TH dalam kenyataan berkata, tiga individu berkenaan adalah Datuk Merina Abu Tahir, Mohamad Damshal Awang Damit dan Muhammad Fawwaz Aminuddin.

Merina dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan berkuat kuasa 5 Februari lalu, manakala Mohamad Damshal (Ketua Pegawai Pelaburan) bertugas sejak 20 Januari lalu dan Muhammad Fawwaz (Pengurus Besar Pelaburan Strategik) berkuat kuasa sejak 11 Februari lalu.

Merina mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa termasuk multinasional, institusi kewangan dan amalan audit serta berpengalaman luas dalam pengurusan umum, kewangan, komersial, pembangunan perniagaan, dan audit dalaman serta luaran.

MERINA
MERINA

Mohamad Damshal pula adalah lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Toledo, Ohio, Amerika Syarikat dan pemegang charter sebagai Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA).

MOHAMAD Damshal
MOHAMAD Damshal

Manakala, Muhammad Fawwaz berpengalaman luas dalam pengurusan strategi pelaburan dengan pengkhususan dalam perancangan strategik, pembangunan organisasi, penstrukturan transaksi, kewangan korporat, pengurusan projek, penilaian pelaburan serta pembangunan perniagaan.

MUHAMMAD Fawwaz
MUHAMMAD Fawwaz

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 5:15 PM