GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Sri Ayu Kartika Amri


BANK Negara Malaysia (BNM), mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Dengan itu, kadar koridor tertinggi dan terendah bagi OPR masing-masing diturunkan kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

Dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini, BNM berkata, keadaan ekonomi global telah merosot dalam tempoh kebelakangan ini.

“Pengurangan dalam OPR bertujuan menyediakan persekitaran monetari yang lebih akomodatif bagi menyokong jangkaan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik dalam keadaan harga yang stabil.

“MPC akan terus memantau dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.

“Selain itu, wabak Covid-19 yang sedang menular telah mengganggu aktiviti pengeluaran dan aktiviti yang berkaitan dengan perjalanan, terutamanya di rantau ini.

“Hal ini juga telah mendorong kepada kegiatan penghindaran risiko yang lebih ketara, lantas mengakibatkan keadaan kewangan menjadi lebih ketat dan mendadak semula volatiliti pasaran kewangan,” katanya.

BNM berkata, risiko kepada prospek pertumbuhan global telah meningkat, terutamanya dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, beberapa negara telah melaksanakan tindak balas dasar dengan jangkaan pelaksanaan beberapa langkah dasar, tindakan ini dijangka boleh mengurangkan impak ke atas ekonomi akibat wabak Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 5:38 PM