X
KAMI komited menyokong pelanggan yang memilih kami sebagai rakan perbankan - Kamarul Ariffin
KAMI komited menyokong pelanggan yang memilih kami sebagai rakan perbankan - Kamarul Ariffin
HM Digital

Kuala Lumpur: Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd menawarkan bantuan pelepasan kewangan komprehensif untuk pelanggan terjejas akibat Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Bhd, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, langkah diambil bagi mengurangkan beban kewangan pelanggan yang terpaksa menanggung ketidakpastian pasaran dan bebanan kewangan.

“Kami komited menyokong pelanggan yang memilih kami sebagai rakan perbankan pilihan mereka dengan meringankan mereka daripada kesusahan dalam saat-saat mencabar ini,” katanya.

Untuk pelanggan runcit, bank menyediakan moratorium sehingga enam bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan peribadi.

Bagi pelanggan perbankan korporat, bank memberi kelegaan sementara kepada pelanggan terjejas yang layak seperti termaktub dalam Garis Panduan Risiko Kredit Bank Negara Malaysia dan permintaan itu tertakluk kepada kelulusan dalaman dan usaha wajar kredit.

Bantuan mungkin merangkumi penjadualan dan penyusunan semula seperti pemberian moratorium ke atas pinjaman/pembiayaan termasuk pembayaran balik sehingga enam bulan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi Affinbank dan pihak bank menggalakkan pelanggan melakukan transaksi perbankan melalui platform dalam talian di www.affinonline.com.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 9:38 AM
    Digital NSTP Subscribe