KIAN Choon
KIAN Choon
KEMPEN sebagai sokongan terhadap Hari Air Sedunia.
KEMPEN sebagai sokongan terhadap Hari Air Sedunia.
Oleh Rosyahaida Abdullah

BERTITIK tolak daripada hasil kajian yang menunjukkan purata penggunaan air dalam kalangan rakyat Malaysia melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (Cuckoo) melancarkan Kempen Ikrar sempena Hari Air Sedunia pada bulan ini.

Bertemakan Just 1 Cup, kempen penjimatan air itu kali ketiga dianjurkan bertujuan menggalakkan pengurusan mampan terhadap sumber air tawar melalui cara efisien di rumah.

Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Cuckoo, Hoe Kian Choon berkata, dengan menyasarkan orang ramai berikrar melalui laman mikro dalam talian, kaedah itu diharap mempengaruhi rakyat Malaysia mempraktikkan tabiat pengurusan air lebih baik seperti dilafaz dalam ikrar.

“Kami berbangga dapat membawa kembali kempen penjimatan air buat kali ketiga tahun ini selepas dilancarkan buat kali pertama pada 2018.

“Diharap kempen ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memupuk tabiat jimat air bermula daripada langkah semudah memberus gigi menggunakan hanya satu cawan air,” katanya.

Jelas Kian Choon, sebagai Healthy Home Creator (Jenama Pencipta Rumah Sihat), amat penting untuk pihaknya berusaha mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan penghargaan terhadap kepentingan air dan mengamalkan tabiat pengurusan air lebih baik di rumah.

“Ini amat penting apabila akses kepada air berkualiti menjadi cabaran bagi sesetengah pihak.

“Lebih istimewa, kempen kali ini mendapat sokongan padu Duta Cuckoo iaitu artis popular Korea, Rain serta penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Melalui usaha ini serta inisiatif lain, kami harap dapat terus memupuk tabiat penjimatan air beyond standard dalam setiap isi rumah. Marilah kita #JIMATSAMASAMA mulai sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Kian Choon berkata, kempen ini terilham daripada kajian yang menunjukkan purata penggunaan sehingga 210 liter air sehari oleh setiap individu di Malaysia.

Jumlah itu jauh melebihi saranan WHO yang menetapkan hanya 165 liter untuk tempoh sama.

“Kajian menunjukkan rakyat Malaysia membazirkan 18.92 liter air setiap kali mereka memberus gigi apabila paip air tidak ditutup.

“Tentunya kempen ini juga sebagai sokongan kita terhadap Hari Air Sedunia yang berlangsung pada 22 Mac setiap tahun untuk menekankan kepentingan pengurusan air,” katanya.

Sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap kempen, orang ramai dijemput melakukan ikrar secara dalam talian melalui laman mikro kempen di www.cuckoo.com.my/worldwaterday2020

Orang ramai juga boleh mengakses laman mikro kempen melalui mana-mana Cuckoo Brandstore atau Brandkiosk di seluruh negara.

Sehubungan dengan video dihasilkan untuk kempen ini, orang awam juga digalakkan berkongsi video kempen melalui media sosial masing-masing disertai kempen iaitu #JIMATSAMASAMA, #WWD2020 dan #Just1Cup

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 6:35 AM
Digital NSTP Subscribe