MENARA TM di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
MENARA TM di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
Muhammad Saufi Hassan


TELEKOM Malaysia Berhad (TM) mengumumkan semua Pusat Khidmat TM di seluruh negara akan mula beroperasi pada 7 pagi hingga 9 malam, mulai esok.

Ia termasuk perkhidmatan pusat panggilan TM di talian 100, Live Chat, media sosial dan emel.

Inisiatif ini bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pekerjanya dengan memperkukuhkan Aturan Kerja Khas khusus untuk operasi pusat khidmat pelanggan, katanya menerusi satu kenyataan.

Walaupun syif bertugas untuk ejen pusat khidmat pelanggan akan dikekalkan dengan dua sesi setiap hari namun bilangan ejen khidmat pelanggan untuk setiap syif dikurangkan dan amalan penjarakan sosial diteruskan.

TM juga akan memberikan elaun khas kepada semua petugas barisan depan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Bagi pemasangan, semua aktiviti di premis pelanggan sudah ditangguhkan dan aktiviti baik pulih rangkaian perkhidmatan yang tidak membabitkan keperluan untuk hadir ke dalam premis pelanggan diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun, TM akan terus melakukan aktiviti pemasangan dan baik pulih di luar premis pelanggan serta di hospital, klinik dan agensi penting lain.

Maklumat lanjut boleh didapat di laman web http://www.unifi.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 6:28 PM
Digital NSTP Subscribe