HAZIMAH
HAZIMAH

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan penangguhan pembayaran pembiayaan dan pengecualian penyewaan premis perniagaan PUNB selama enam bulan berkuat kuasa pada 1 April hingga 30 September depan.

Pengerusi PUNB, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, pihaknya komited membantu Rakan Usahawan terutama dalam situasi getir seperti ini.

“Pemberian penangguhan pembayaran pembiayaan ke atas prinsipal dan keuntungan ini secara automatik kepada Rakan Usahawan PUNB yang tiada tunggakan melebihi 90 hari setakat 1 April ini.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai tunggakan pembiayaan melebihi 90 hari, merekaboleh memohon penangguhan pembiayaan dan dinilai berdasarkan kes tertentu mengikut pertimbangan jawatankuasa PUNB,” katanya.

Menurutnya, PUNB turut menawarkan pengecualian pembayaran penyewaan premis perniagaan PUNB selama enam bulan kepada usahawan menyewa premis perniagaan kami di seluruh negara. “Kami harap pakej ini membantu Rakan Usahawan yang mengalami bebanan kewangan untuk menghadapi cabaran dalam tempoh ini,” katanya.

Katanya, pembayaran pembiayaan mengikut tempoh yang baharu dan penyewaan premis perniagaan akan disambung selepas tempoh enam bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 9:30 AM