MUSTAFHA (kanan) dilantik Pengerusi QSR manakala Nehchal dilantik menjadi Pengarah Urusan.
MUSTAFHA (kanan) dilantik Pengerusi QSR manakala Nehchal dilantik menjadi Pengarah Urusan.


QSR (M) Holdings Bhd (QSR), pengendali rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut melantik Datuk Mustafha Abd Razak sebagai Pengerusi dan Nehchal Khanna sebagai Pengarah Urusannya berkuat kuasa 1 April 2020.

Pelantikan itu bagi menggantikan Pengarah Urusan QSR, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, yang bersara pada 31 Mac 2020.

Sebelum menyertai QSR, Nehchal adalah penasihat perniagaan korporat syarikat perbadanan pelaburan Johor, Johor Corporation (JCorp).

“Nehchal sebelum ini adalah Pengarah Urusan Pejabat Morgan Stanley di Singapura pada 2010 hingga 2016.

“Sebelum menyertai Morgan Stanley pada 2010, Nehchal adalah Pengarah Urusan Deutsche Bank di Singapura, mengetuai pelaburan perbankan Malaysia dan Indonesia.," katanya dalam kenyataan hari ini.

QSR berkata, Nehchal berpengalaman luas termasuk memberi nasihat dalam beberapa transaksi besar bagi syarikat Malaysia termasuk Khazanah Nasional Bhd, Petronas dan Sime Darby Bhd.

QSR juga mengalu-alukan perlantikan Mustafha sebagai pengerusi baharu dengan berbekalkan pengalaman profesional lebih 24 tahun dalam sektor korporat dan perbankan di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 7:14 PM