MUN Ching. FOTO Arkib NSTP
MUN Ching. FOTO Arkib NSTP
Sri Ayu Kartika Amri


YAYASAN AirAsia, melancarkan tabung bantuan digital umum sebagai sebahagian daripada kempen #InThisTogether untuk membantu komuniti yang memerlukan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pengarah Eksekutif Yayasan AirAsia Yap Mun Ching berkata, kempen itu berjalan bermula hari ini hingga 30 April ini.

Katanya, pandemik ini memberi kesan negatif kepada mereka yang menghadapi kekurangan sosio-ekonomi.

“Perusahaan sosial kami sudah melaporkan bahawa mereka menerima rayuan daripada ahli komuniti mereka untuk bantuan makanan.

“Dalam keadaan yang luar biasa ini, kami menyeru kepada semua untuk membantu dan berharap ramai yang akan memberi sokongan,” katanya dalam kenyataan media.

Semua sumbangan akan disalurkan kepada perusahaan sosial dan badan amal seperti Perbadanan Taman Negeri Perak, Yayasan SEED dan Beyond Borders Malaysia yang menyediakan bantuan makanan dan perubatan kepada keluarga orang asli, komuniti gelandangan dan pelarian.

Menurutnya, Yayasan AirAsia juga membantu perusahaan sosial mereka dan anggota komuniti yang kebanyakannya kehilangan punca sara hidup akibat sekatan pergerakan yang dikenakan di seluruh rantau ini.

Sumbangan boleh dibuat menerusi https://airasiafoundation.com/relieffund atau dengan BigPay melalui pemindahan wang daripada aplikasi kewangan terbabit kepada AirAsia Foundation atau melalui Pemindahan Wang dengan Bank Tempatan (bermula 6 April 2020).

Kempen #InThisTogether mengetengahkan usaha AirAsia untuk mengalih saluran komersil dan pengangkutannya bagi menyediakan bantuan kepada perniagaan kecil dan komuniti yang terjejas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 3:12 PM