PELAN insurans terbuka untuk rakyat Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun.
PELAN insurans terbuka untuk rakyat Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun.

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menawarkan pelan insurans Covid Cover secara percuma kepada 200,000 pelanggan pertama.

Digi dalam kenyataan berkata, Covid Cover menawarkan perlindungan jangka pendek komprehensif kepada pelanggan yang mungkin memerlukan penghospitalan dan rawatan ketika krisis Covid-19.

“Pelan yang dijana jamin Gibraltar BSN ini adalah pelan insurans boleh digital sepenuhnya terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun.

“Pelanggan yang berminat boleh mendaftar untuk perlindungan itu tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, pelan Covid Cover percuma ini menyediakan perlindungan 30 hari mulai tarikh ia diluluskan untuk pelanggan.

“Perlindungan ini termasuk manfaat Tunai Hospital RM60 sehari bagi penghospitalan akibat Covid-19 dan manfaat kematian pula RM20,000,” katanya.

Tawaran itu dibuka sehingga 30 April depan atau sehingga semua 200,000 pelan percuma ditebus sepenuhnya.

“Bagi pelanggan yang mungkin terlepas tawaran percuma ini, mereka masih boleh melanggan mana-mana pakej perlindungan ditawarkan pada harga berpatutan, bermula daripada RM5 hingga RM20 selama 30 hari.

“Semua pelan menawarkan perlindungan penuh termasuk manfaat Tunai Hospital, kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal selain manfaat tambahan sekiranya pesakit menghidapi denggi atau Zika,” katanya.

Penyedia telekomunikasi itu berkata, bagi pelanggan pascabayar, premium bulanan boleh dibayar melalui bil telefon mereka, manakala untuk pelanggan prabayar, ia akan ditolak daripada kredit prabayar masing-masing.

Pelan insurans Covid Cover turut ditawarkan kepada pengguna bukan Digi melalui www.easyadd.my.

Pembayaran pula menerusi kad debit dan kredit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 6:20 AM