ANTARA duta dan pemenang kempen  jenama Best Products.
ANTARA duta dan pemenang kempen jenama Best Products.

HOME Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) yang membawa jenama Best Products mengumumkan pemenang kempen promosi yang dianjurkan dengan hadiah terkumpul bernilai RM364,499.

Namun, sejak Mac lalu HDS terpaksa menangguh urusan penyerahan hadiah kepada pemenang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disebabkan itu, majlis penyampaian hadiah untuk pemenang kempen promosi digantikan dengan inisiatif lain yang sewajarnya bagi mematuhi arahan kerajaan supaya duduk di rumah demi keselamatan semua pihak. Memandangkan keadaan keselamatan ketika ini menunjukkan perkembangan yang baik, HDS meneruskan proses pemilihan pemenang dan selesai memilih enam pemenang bagi dua kempen promosi berbeza iaitu Kempen Promosi ke-21 dan Kempen Promosi ke-22.

Untuk Kempen Utama ke-21, pemenang yang terpilih ialah Abbas Baid yang memenangi hadiah utama bernilai RM300,000.

Fadilah Samah memenangi hadiah pertama bernilai RM50,000 untuk Kempen Kecilan Kedua dan Mazlina Mohamad memenangi hadiah kedua RM3,999 untuk kempen yang sama.

Basiah Sarip pula membawa pulang televisyen 65 inci jenama Samsung sebagai hadiah tambahan Februari dan Nordin Mohammad pula memenangi komputer riba jenama ASUS 15.6 inci yang bernilai anggaran RM3,500 sebagai hadiah tambahan Mac.

Hadiah tambahan April bagi Kempen ke-22 iaitu set gelang emas dan loket anggaran RM3,500 dimenangi oleh Fatimah Ani.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 7:30 AM