PELANGGAN boleh membuat pendaftaran di unifi.com.my atau mendail 100.
PELANGGAN boleh membuat pendaftaran di unifi.com.my atau mendail 100.

UNIFI menawarkan tempoh percubaan jalur lebar Home unifi selama 30 hari kepada pelanggan dan pilihan ansuran mudah untuk membeli peranti Mesh Wi-Fi supaya pelanggan kekal terhubung dan produktif sambil memanfaatkan normal baharu.

Sehubungan itu, pelanggan boleh membuat pendaftaran di unifi.com.my atau mendail 100.

Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Bhd (TM), Anand Vijayan berkata, syarikat itu komited membantu rakyat kekal terhubung, produktif dan terhibur menerusi penyelesaian itu.

"Kami belum dapat memastikan tempoh kembali kepada keadaan biasa, namun, buat masa ini, kami gembira kerana pelonggaran beberapa peraturan membolehkan kami menyambung semula khidmat pemasangan untuk pelanggan," katanya dalam kenyataan.

Memandangkan kesihatan dan keselamatan pelanggan dan pekerja kekal menjadi keutamaan unifi, semua juruteknik dilatih mematuhi proses pencegahan ditetapkan bagi mengehadkan risiko penularan semasa kerja pemasangan dan pemulihan.

Selain menjalani pemeriksaan suhu badan ketika memulakan tugas, mereka juga perlu memakai pelitup muka apabila memasuki premis pengguna selain mengekalkan amalan kebersihan baik sepanjang tempoh bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 7:30 AM